
Menterinya, Wee Ka Siong, berkata “faktor manusia” hanyalah salah satu aspek dalam siasatan kerana banyak lagi faktor keseluruhan teknikal dan operasi turut diteliti.
“Jawatankuasa Siasatan terdiri daripada sembilan orang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Isham Ishak, telah memulakan siasatan daripada pelbagai aspek, termasuk berkaitan kecuaian manusia,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, siasatan akan dilakukan bagi melihat bagaimana dan mengapa halangan keselamatan dilanggar sehingga menyebabkan insiden itu berlaku, serta memberi cadangan agar insiden sama tidak berulang demi menjamin keselamatan pengguna.
“Keselamatan sistem pengangkutan LRT sebagai kepentingan awam tidak boleh dikompromi. Oleh itu, aspek keselamatan mesti menjadi perkara utama,” katanya.
Sementara itu, Wee berkata kakitangan (hostler) yang terlibat dalam kejadian berkenaan juga disahkan negatif dadah oleh polis pada 25 Mei, justeru individu tersebut wajar diberi hak bagi memudahkan siasatan tanpa rumusan awal.
Bagi status mangsa pula, difahamkan setakat ini seramai 67 orang dirawat di Hospital Kuala Lumpur, yang mana 61 sudah didiscaj dan enam masih dalam rawatan dengan tiga mangsa bawah zon kritikal.
“Kami sekali lagi melahirkan rasa simpati terhadap mangsa dan keluarga mangsa serta mendoakan agar mangsa segera sembuh. MOT akan terus berhubung dengan pihak hospital untuk mendapatkan perkembangan mangsa,” katanya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram