HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Segerakan vaksin pensyarah politeknik, kolej komuniti, kata PH

-

Pakatan Harapan berkata, pensyarah politeknik dan kolej komuniti juga pejuang barisan hadapan.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Pakatan Harapan berkata pensyarah politeknik dan kolej komuniti terpaksa mengadakan kelas secara bersemuka untuk kursus-kursus praktikal di dalam bengkel, makmal dan kelas. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Jawatankuasa pendidikan Pakatan Harapan (PH) mendesak kerajaan menyegerakan pemberian vaksin kepada warga pendidik di politeknik dan kolej komuniti.

Desakan itu dibuat parti pembangkang selepas menerima banyak rungutan dan aduan dari pensyarah politeknik dan kolej komuniti yang tersisih dalam mendapat perhatian daripada kerajaan sejak penularan Covid-19 berbanding warga pendidik lain.

“Jika guru-guru mempunyai Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), pihak pensyarah Institusi Pengajian Tinggi pula mempunyai Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) dan Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) yang lantang bersuara, para pensyarah politeknik dan kolej komuniti pula diwakili Kesatuan DH Kebangsaan (Kesatuan Kebangsaan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Semenanjung Malaysia) tidak begitu dirasakan, malah suara mereka jarang diberikan tumpuan.

“Tatkala banyak suara meminta guru di sekolah disegerakan untuk diberikan vaksin, pengajar politeknik dan kolej komuniti dipinggirkan dalam mendapat keutamaan untuk diberikan vaksin walaupun kebanyakan mereka terpaksa mengadakan kelas secara bersemuka untuk kursus-kursus praktikal di dalam bengkel, makmal dan kelas,” kata PH dalam satu kenyataan bersama.

Katanya, pensyarah politeknik dan kolej komuniti juga pejuang barisan hadapan yang turut menyumbang kepada kesinambungan pendidikan anak-anak pasca sekolah menengah dan membangunkan potensi pelajar yang rata-rata terdiri daripada keluarga B40 membabitkan 85,936 di politeknik, manakala 16,152 di kolej komuniti di seluruh negara.

“Mereka terdedah kepada risiko jangkitan virus Covid-19 kerana walaupun aspek teori dijalankan secara dalam talian, sesi amali perlu dilakukan secara bersemuka bagi majoriti kursus yang ditawarkan,” katanya.

Katanya, selain isu, pemberian vaksin, warga politeknik dan kolej komuniti juga dianak tirikan apabila terpaksa menanggung kos sendiri setelah kembali bertugas di Sarawak berbanding guru-guru Kementerian Pendidikan (KPM) yang ditanggung kerajaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.