
UTM dalam kenyataan memberitahu bahawa langkah itu selaras pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh yang sedang dikuatkuasakan di seluruh negara ketika ini.
Bagi cawangan Kuala Lumpur, sekatan keluar masuk kampus dimulakan sejak 1 Jun lalu sehingga 14 Jun ini.
“Pergerakan pelajar dalam kawasan kampus adalah dibenarkan, kecuali bagi pelajar-pelajar yang sedang menjalani proses kuarantin diri di Blok S46/47. Bekalan makanan kepada pelajar yang menjalani proses kuarantin diri akan diteruskan seperti mana kaedah sedia ada.”
Katanya, pelajar yang ditempatkan di pusat isolasi tidak dibenarkan keluar dan perlu menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan, sementara pelajar yang memohon untuk keluar atas sebab kecemasan boleh merujuk pengetua kolej kediaman masing-masing.
“Pelajar dibenarkan beriadah secara individu di dalam kampus dengan mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Sebarang bentuk aktiviti dan perbincangan kumpulan tidak dibenarkan dan hendaklah dijalankan secara dalam talian, manakala pelajar yang menginap di luar kampus hanya dibenarkan bergerak berdasarkan SOP PKP 3.0 MKN dan tidak dibenarkan masuk ke kampus UTM.”
Terdahulu, UTM kampus Skudai dikenakan PKPD mulai 21 Mei lalu, kurang dua minggu selepas 1,983 pelajarnya di kampus itu dibenarkan pulang ke kampung halaman untuk meraikan Aidilfitri mulai 7 hingga 12 Mei dan sepatutnya kembali ke kampus pada 15 hingga 20 Mei.
Bagaimanapun, UTM menangguhkan kemasukan pelajar ke kampus Skudai dan Kuala Lumpur, susulan lonjakan kes Covid-19 di seluruh negara.
Pada 23 Mei lalu, Jabatan Kesihatan Johor memaklumkan 64 kes Covid-19 direkodkan bagi kluster Lingkaran Ilmu UTM di Skudai hasil saringan ke atas 838 orang.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram