
Menurut Muhammad Affiruddin Mat Ariff, 33, sempena hari lahirnya dia sudah berniat mahu memberikan hadiah kepada “unlce” kerana tidak sampai hati melihatnya memakai kasut koyak dan lusuh ketika bekerja.
“Saya memang sudah lama berniat berikannya hadiah kerana tidak sampai hati melihatnya pakai kasut koyak dan lusuh ketika bekerja.
“Jarak antara rumah ke tapak niaga kira-kira 5km dan akan melalui Jalan Puchong Perdana, iaitu laluan ‘uncle’ berkenaan sering menyapu sampah.
“Pernah sekali, saya nampak ‘uncle’ itu di lampu isyarat dan terlihat kasutnya yang lusuh dan koyak sehingga menampakkan jari kaki,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Affiruddin berkata, dia kerap ternampak “uncle” itu sejak tiga minggu lalu cuma keadaan tidak mengizinkan untuk berhenti dan menyapanya sehingga semalam.

“Saya minta izin untuk melihat kasutnya dan nampak memang sudah lusuh, koyak, ada kesan jahitan tetas seperti sudah dijahit banyak kali serta nampak tidak boleh dibaiki lagi.
“Jadi, saya rasa sudah tiba masanya untuk belikan kasut yang baharu cuma ‘uncle’ tidak tahu saiz jadi saya cuba agak saja ukuran kakinya,” katanya.
Bercerita lebih lanjut, Affiruddin berkata niatnya berkongsi kisah di FB bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi membuka mata masyarakat mengenai kepayahan individu yang bekerja sebagai pekerja pembersihan.
“Mesej saya cuba sampaikan adalah supaya kita semua menjaga kebersihan kerana boleh jadi, pekerja seperti ‘uncle’ perlu bekerja lebih masa dalam keadaan sepertinya (memakai kasut koyak),” katanya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram