HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Azhar, Takiyuddin letak jawatan?

-

Sumber berkata speaker Dewan Rakyat dan menteri undang-undang dijangka meletakkan jawatan.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Sumber berkata Azhar Azizan Harun dan Takiyuddin Hassan dijangka meletak jawatan.

PETALING JAYA:
Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan dijangka meletak jawatan, menurut sumber.

Sumber itu memberitahu FMT, beberapa pemimpin tertinggi lain juga dijangka berbuat demikian.

“Ini yang dimaklumkan kepada kami setakat ini, tetapi segala-galanya masih belum muktamad,” kata sumber itu.

FMT sedang mendapatkan pengesahan daripada Azhar and Takiyuddin.

Desakan supaya Takiyuddin dan Azhar meletakkan jawatan timbul selepas Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita terhadap pengumuman pembatalan Ordinan Darurat yang belum diperkenan baginda.

Isnin lalu, Takiyuddin mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat pada 21 Julai, menyebabkan timbul kekecohan dalam kalangan Ahli Parlimen yang mempersoalkan sama ada ia mendapat perkenan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sejak empat hari lalu, Ahli Parlimen gagal mendapatkan jawapan daripada Takiyuddin, sebaliknya beliau memberitahu perkara itu akan dijelaskan pada Isnin ini.

Bagaimanapun, kenyataan dikeluarkan Istana Negara yang mendedahkan perkara itu belum mendapat perkenan, sekali lagi menimbulkan kekecohan apabila laungan “derhaka” dan “letak jawatan” kedengaran dalam Parlimen yang meminta Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Takiyuddin dan Azhar meletak jawatan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.