
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin memberitahu FMT, ia adalah “berita palsu”.
PKR juga dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu seketika lagi.
Sebelum ini sumber melaporkan Anwar diminta mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, di Pahang, pada jam 2.30 petang, hari ini.
Laporan berkenaan muncul di tengah-tengah krisis perlembagaan selepas Yang di-Pertuan Agong belum memberi perkenan membatalkan ordinan darurat, sejurus pembatakan berkenaan diumum Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan, pada Isnin lalu.
Pejabat Perdana Menteri sejak pengumuman Takiyuddin berkenaan kekal mempertahankan pembatalan terbabit, sambil menegaskan ia dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang.
Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil, menafikan presidennya akan mengadap Yang di-Pertuan Agong, hari ini.
“Saya pohon kerjasama rakan-rakan media untuk mendapatkan maklumat sahih daripada sumber tepat sebelum menyiarkan berita untuk mengelak sebarang kekeliruan atau salah faham,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram