HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Kebakaran bilik isolasi Hospital Slim River bukan punca tangki oksigen

-

Siasatan lanjut mengenai punca sebenar kejadian kira-kira pukul 7.20 malam itu sedang dijalankan pihak hospital serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Pengarah Kesihatan Negeri Perak Dr Ding Lay Ming berkata, kebakaran yang berlaku menyebabkan mangsa mengalami kecederaan, iaitu melecur 9% di bahagian tangan dan telah diberi rawatan lanjut. (Gambar JBPM)

IPOH:
Siasatan awal pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak berhubung kebakaran sebuah bilik isolasi Wad 10 Hospital Slim River di Tanjung Malim malam kelmarin mendapati kejadian bukan berpunca daripada tangki oksigen terbakar.

Pengarah Kesihatan Negeri Perak Dr Ding Lay Ming berkata, siasatan lanjut mengenai punca sebenar kejadian kira-kira pukul 7.20 malam itu sedang dijalankan pihak hospital serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Kebakaran melibatkan seorang pesakit lelaki yang ditempatkan di dalam bilik tersebut.

“Jururawat dan pembantu perawatan kesihatan yang bertugas telah segera mengalihkan pesakit ke tempat yang selamat,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, kebakaran itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan, iaitu melecur 9% di bahagian tangan dan telah diberi rawatan lanjut.

Bagaimanapun katanya, pesakit berusia lingkungan 40-an itu kini berada dalam keadaan stabil.

Semalam, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River dikerahkan ke hospital berkenaan namun kebakaran telah berjaya dipadamkan oleh kakitangan hospital dan kemusnahan bilik isolasi itu dianggarkan 5%.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.