HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Tragedi kepala air: Polis guna bantuan helikopter kesan mangsa hilang

-

Operasi mengesan dua mangsa yang hilang di Gunung Jerai akan diteruskan hari ini susulan tragedi kepala air Rabu lalu.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Kamarul Zaman Mamat berkata polis turut menghantar anjing pengesan K-9 PDRM ke lokasi di Titi Hayun dan Salak Denai. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Polis Kedah akan memohon bantuan helikopter dari Pasukan Gerakan Udara (PGU) dalam usaha mengesan dua mangsa yang masih hilang berhampiran Gunung Jerai, kata Ketua Polis Kedah, Kamarul Zaman Mamat.

Beliau berkata, buat masa ini Unit Dron Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada di lokasi terbabit untuk membantu operasi mencari mangsa yang hilang sejak Rabu lalu akibat tragedi kepala air.

Kamarul berkata, operasi itu membabitkan 308 pegawai dan anggota terdiri daripada pelbagai agensi dan mereka digerakkan mengikut beberapa sektor di lokasi pencarian.

Katanya, polis turut menghantar anjing pengesan K-9 PDRM ke lokasi di Titi Hayun dan Salak Denai.

Free Malaysia Today
Ketua Polis Kedah, Kamarul Zaman Mamat.

“Kejadian menyebabkan berlakunya banjir di 18 kampung di tiga daerah iaitu di enam kampung di daerah Kuala Muda dan sembilan Kampung di Yan.

“Kebanyakan kampung di kawasan Yan mengalami banjir yang turut disertai lumpur dan tiga kampung di Bandar Baharu pula dinaiki banjir kilat,” katanya yang dipetik Berita Harian ketika melakukan pemantauan di Pusat Kawalan Operasi di Titi Hayun.

Terdahulu, beliau meninjau kawasan operasi dan mengadakan perbincangan dengan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkaitan operasi yang sedang dijalankan.

Selain itu katanya, kebanyakan mangsa yang terkesan akibat banjir telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sebagai langkah keselamatan.

Bagaimanapun dia berkata, semua PPS di Kuala Muda dan Bandar Baharu telah ditutup dan PPS di Yan masih aktif walaupun tiada mangsa ditempatkan di situ.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang Rabu lalu, empat dilaporkan terkorban manakala dua lagi masih hilang selepas dihanyutkan air deras akibat kepala air yang berlaku di Gunung Jerai.

Operasi mengesan mangsa yang masih hilang diteruskan hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.