HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Tidak perlu ulang kelas, buang saja perkara tidak perlu dalam silibus, kata aktivis

-

Lebih banyak sumber diharapkan bagi mengkaji semula kurikulum untuk ‘membuang perkara tidak perlu’ dan menebus masa yang hilang akibat pandemik.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Pelajar wajar hanya diajar apa yang mereka perlukan, kata aktivis.

PETALING JAYA:
Pelajar tidak sepatutnya mengulang tahun atau tingkatan sekolah bagi menebus masa pembelajaran yang hilang akibat pandemik Covid-19.

Sebaliknya, semua sumber yang ada perlu dibelanjakan bagi menyemak semula kurikulum dengan “membuang perkara yang tidak perlu”, menurut panelis dalam satu forum petang ini.

Dalam forum yang bertajuk “Our Education System: Overview of Challenges and Solutions” dianjurkan G25 Malaysia, Yayasan Edunity dan BFM, Ketua Eksekutif Teach for Malaysia Chan Soon Seng mencadangkan supaya tahun persekolahan pelajar tidak diulang.

“Isunya bukanlah untuk membawa anak-anak ke mana kedudukan mereka sebelum ini, tetapi apa sebenarnya yang anak-anak perlukan untuk terus maju.

“Satu tahun tambahan di sekolah tidak akan membuatkan mereka kembali ke landasan sepatutnya. Malah ia juga akan membebankan kerajaan serta sangat tidak efisien,” katanya.

Sebaliknya, beliau mencadangkan kelonggaran syarat guru untuk menghabiskan silibus, supaya guru ada kebebasan untuk mengajar berpandukan kepada ‘keperluan’ pelajar mereka.

“Kita juga perlu meletakkan sumber ke tangan guru dan mempertimbang sokongan tambahan melangkaui tenaga pengajar,” katanya.

Beliau turut menyarankan supaya kementerian pendidikan melibatkan kerjasama dengan NGO untuk membawa sumber yang berbeza bagi menyokong guru-guru dengan memberikan contoh United Kingdom yang menyediakan peruntukan khusus untuk mengajar.

Sementara itu, Noor Azimah Abdul Rahim dari Kumpulan Bertindak Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE) berkata, sumber harus disalurkan ke arah menyusun kurikulum sekolah baharu sambil menambah “ia tidak sepatutnya kembali kepada keadaan sebelumnya”

Beliau berkata, kerajaan perlu memanfaatkan pandemik untuk melakukan penambahbaikan yang bersesuaian dalam pendidikan.

“Kita perlu membuang perkara tidak perlu (dalam silibus). Hanya berikan apa yang perlu kepada pelajar,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengharapkan menteri pendidikan baharu, yang akan dinamakan esok pagi, menyediakan keperluan untuk memperbanyakkan latihan.

“Jadikan guru profesional dan hargai kerana mereka mempunyai standard pengajaran yang tinggi.”

Beliau turut mencadangkan penubuhan jabatan berasingan di kementerian pendidikan untuk meneliti inisiatif khusus untuk guru.

Sementara itu, ahli panel lain turut mencadangkan supaya menteri pendidikan baharu bekerjasama dengan organisasi masyarakat sivil, masyarakat dan ibu bapa untuk inisiatif yang lebih baik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.