HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Tiada laporan pegawai SPRM curi barang kes USD6 juta, kata polis

-

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menyebarkan berita palsu.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Bukit Aman dalam kenyataan mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berhubung kes pegawai SPRM direman kerana mencuri barang kes wang tunai berjumlah USD6 juta.

PETALING JAYA:
Tiada sebarang laporan diterima setakat semalam berhubung tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa mencuri barang kes berupa wang tunai USD6 juta sebagaimana ditularkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengambil maklum tentang isu tular berkenaan.

“Polis mengambil maklum tentang isu ‘viral’ berkaitan tiga pegawai kanan SPRM direman kerana terlibat dalam kes curi barang kes wang tunai berjumlah USD6 juta.

“PDRM ingin mengesahkan bahawa sehingga hari ini, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian ini,” katanya dalam kenyataan.

Abd Jalil berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan berita palsu.

Terdahulu, tular penulisan sebuah blog yang mendakwa tiga pegawai kanan SPRM ditahan reman membabitkan kes curi barang kes berupa wang tunai berjumlah USD6 juta.

Blog itu mendakwa terdapat laporan polis dibuat, namun tiada siasatan daripada pihak polis sebaliknya siasatan dalaman dilakukan SPRM selain mengaitkan kejadian itu dengan seorang lagi pegawai kanan dalam SPRM.

Menurut penulisan blog itu, kejadian itu membabitkan siasatan SPRM terhadap bekas Ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Ab Hamid.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.