
SPRM dalam kenyataan memaklumkan suruhanjaya ini akan membuat siasatan secara menyeluruh dan berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu kerana ia akan menjejaskan siasatan.
“Semua individu direman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 14 Sept hingga semalam.
“SPRM tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah dan akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perbuatan itu benar berlaku,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai penularan berita berkenaan di media sosial yang mendakwa tiga pegawai kanan SPRM direman.
“Setakat ini, polis tidak menerima laporan berhubung dakwaan berlaku kecurian barang kes membabitkan wang tunai USD6 juta (RM25 juta) milik seorang individu yang pernah disiasat,” katanya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram