HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

1,751 kematian babit individu lengkap divaksin, kata KJ

-

Angka berkenaan direkodkan berdasarkan kes kematian akibat Covid-19 setakat 22 Sept iaitu 24,565 kes.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Kematian yang berlaku disebabkan jangkitan Covid-19 adalah 0.013% bersamaan dengan 130 orang daripada sejuta populasi yang lengkap divaksinasi, kata Khairy Jamaluddin. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Sebanyak 1,751 atau 7.5% kes kematian Covid-19 membabitkan individu sudah lengkap divaksin, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Khairy berkata, sebanyak 5,431 atau 23% kes kematian pula membabitkan individu yang menerima satu dos vaksin.

Beliau berkata, angka berkenaan direkodkan berdasarkan kes kematian akibat Covid-19 setakat 22 Sept, iaitu 24,565 kes.

“Jika dibandingkan dengan populasi Malaysia yang mendapat dua dos vaksinasi sehingga 22 Sept (18,986,347 individu), kematian yang berlaku disebabkan jangkitan Covid-19 dalam kalangan yang mendapat vaksinasi lengkap adalah 0.013% bersamaan 130 orang daripada sejuta populasi yang lengkap divaksinasi,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang mahu dimaklumkan mengenai status vaksinasi mereka yang meninggal dunia disebabkan Covid-19 sama ada telah menerima dos pertama atau kedua dan berapa hari selepas dos terakhir.

Sehingga semalam, sebanyak 43,028,919 dos suntikan vaksin Covid-19 sudah disalurkan membabitkan 23,178,045 satu dos sementara dua dos sebanyak 19,945,616.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.