HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

24 pemain, pegawai positif Covid-19, NS tarik diri Piala Malaysia

-

NSFC berkata, pegawai dan pemain terbabit sedang menjalani kuarantin wajib di rumah.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
NSFC berkata, ujian pengesanan Covid-19 secara berterusan sedang dilakukan bagi mengesan kontak rapat pemain dan pegawai NSFC terbabit. (Gambar Facebook NSFC)

PETALING JAYA:
Negeri Sembilan FC (NSFC) menarik diri daripada baki saingan Piala Malaysia untuk musim ini selepas 20 pemain serta empat pegawainya positif Covid-19.

NSFC dalam kenyataan hari ini berkata, 24 pegawai dan pemainnya sedang menjalani kuarantin wajib di rumah dengan pemantauan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Ujian pengesanan Covid-19 secara berterusan sedang dilakukan bagi mengesan kontak rapat pemain dan pegawai NSFC terlibat,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Menurutnya, penarikan diri itu adalah bagi menjaga keselamatan semua pihak dan atas nasihat doktor pasukan.

“NSFC ingin memohon setinggi-tinggi kemaafan kepada penyokong kerana hal ini turut menyebabkan pembatalan perlawanan persahabatan menentang Kuching City FC yang sepatutnya diadakan pada 20 Okt dan NSFC tidak dapat meneruskan baki saingan Piala Malaysia untuk musim 2021.

“NSFC juga berharap penyokong memberikan sokongan dan mendoakan kesejahteraan pemain dan pegawai pasukan.”

NSFC yang diundi dalam Kumpulan C bersama Kelantan, Kedah dan Melaka, mengumpul tiga mata selepas dua perlawanan dan masih berbaki empat perlawanan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.