HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Norhizam bakal jadi calon bebas, pertahan kerusi Pengkalan Batu

-

DUN Pengkalan Batu bakal menyaksikan persaingan pelbagai penjuru.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Norhizam Hassan Baktee akan bertanding sebagai calon bebas di DUN Pengkalan Batu, yang dengan ini akan melihat persaingan sekurang-kurangnya lima penjuru.

PETALING JAYA:
Bekas ADUN Melaka, Norhizam Hassan Baktee, mengumumkan akan mempertahankan kerusi disandangnya pada pilihan raya negeri (PRN) yang bakal diadakan.

Beliau akan bertanding sebagai calon bebas di DUN Pengkalan Batu, yang dengan ini akan melihat persaingan sekurang-kurangnya lima penjuru, lapor Berita Harian.

Selain Norhizam, pesaing lain adalah Mohd Azrudin Md Idris (PN-Bersatu), Kalsom Nordin (BN-Umno), Muhammad Danish Zainudin (PH-DAP), dan Dr Aluwi Sari bagi Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA).

Norhizam antara empat ADUN yang menarik balik sokongan kepada Sulaiman Md Ali, yang ketika itu menjadi Ketua Menteri Melaka, dan membuka jalan bagi PRN diadakan.

Terdahulu, PH menolak Norhizam, yang juga bekas ahli DAP, menjadi calon bawah panjinya pada PRN 20 Nov.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.