HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

31 pelajar, 3 pensyarah Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan positif Covid-19

-

Seramai 105 warga KMNS yang merupakan kontak rapat sedang dikuarantin sementara menunggu keputusan ujian saringan Covid-19.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Semua pergerakan keluar masuk ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah tidak dibenarkan dan kompaun akan dikeluarkan terhadap individu ingkar. (Gambar KMNS)

SEREMBAN:
Sebanyak 34 kes positif Covid-19 dikesan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), Kuala Pilah, dekat sini, membabitkan 31 pelajar dan tiga pensyarah.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah Mohd Faizal Abdul Manap berkata, 105 warga kolej yang merupakan kontak rapat kes diarahkan menjalani kuarantin sementara menunggu keputusan ujian saringan Covid-19.

Katanya, semua individu yang positif dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Tampin untuk tindakan lanjut, semalam.

“Kita juga melaksanakan kawalan secara pentadbiran bermula semalam (Khamis) bagi mengelakkan penularan wabak, manakala 523 warga kolej yang disaring semalam disahkan negatif,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ketika ini katanya, semua pergerakan keluar masuk ke KMNS tidak dibenarkan dan tindakan kompaun akan dikenakan jika ada individu yang ingkar.

Beliau menasihatkan ibu bapa pelajar tidak panik dengan perkembangan itu.

Semalam, Negeri Sembilan merekodkan 181 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kini mencecah 108,958 kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.