
Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu), berkata berdasarkan kajian, anak muda terbabit dalam aktiviti samseng disebabkan pengaruh filem ditonton mereka yang memaparkan aksi negatif.
“Begitu juga dengan isu perzinaan yang berlaku akibat terangsang daripada aksi-aksi lucah di televisyen.
“Selain itu, unsur LGBT juga diserap sehinggakan sesetengah pihak cuba menormalisasikan budaya berkenaan dalam minda masyarakat,” katanya di Dewan Rakyat.
Oleh itu, beliau menggesa semua kandungan disiarkan dalam platform digital dan penstriman langsung ditapis untuk mengawal kandungan yang boleh diakses anak muda dan masyarakat perlu dididik dengan nilai positif melalui langkah sedemikian.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram