HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Polis perketat kawalan sempadan, elak ‘Long Tiger’ lolos negara jiran

-

Polis Kelantan tidak menolak kemungkinan lelaki itu cuba melarikan diri ke negara jiran.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
‘Long Tiger’ meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor, Rabu lalu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA:
Polis memperketatkan pemeriksaan di sempadan Kelantan-Thailand dalam usaha mengekang lelaki Rohingya dikenali sebagai “Long Tiger” lolos ke negara jiran selepas melarikan diri dari mahkamah, baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat, berkata beliau sudah mengarahkan anggotanya supaya peka dengan sebarang bentuk pergerakan membabitkan sempadan.

Beliau berkata, tidak mustahil lelaki yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor, Rabu lalu itu, akan cuba melarikan diri ke negara jiran.

“Kita perketatkan kawalan dan sudah arahkan anggota fokus kawasan sempadan dengan membuat pemeriksaan lebih menyeluruh di semua sekatan.

“Setakat ini kita belum menerima apa-apa maklumat mengenai keberadaan lelaki itu di negeri ini namun tetap pergiatkan kawalan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.