HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Gagal urus bahan buangan, kilang sawit didenda RM64,000

-

Kilang di Pasir Gudang itu melanggar Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Bahan buangan berjadual yang ditemui di kilang terbabit hasil pemeriksaan penguat kuasa JAS. (Gambar Facebook JAS)

PETALING JAYA:
Sebuah kilang berasaskan minyak sawit didenda RM64,000 kerana gagal menguruskan bahan buangan berjadual seperti diarahkan.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataan berkata, tindakan itu menyusul pemeriksaan oleh sepasukan penguat kuasa JAS Cawangan Pasir Gudang.

Katanya, kilang yang terletak di Pasir Gudang, Johor itu didapati melanggar Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Sepasukan pegawai penguat kuasa JAS melakukan pemeriksaan dan mengeluarkan 32 kompaun dengan nilai keseluruhan RM64,000 kepada pemilik premis tersebut.

“JAS mendapati kilang tersebut gagal dalam mengendali dan menguruskan bahan buangan dengan baik,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.