Presidennya, Shafie Apdal berkata, calon-calon itu terdiri daripada muka baharu.
Mereka adalah Hishamuddin Busri (DUN Pekan Nanas), Sandara Segaran Arumugam (Bekok), Mohamed Noor Suleiman (Mahkota), Chen Hain Kai (Johor Jaya), Lee Ming Wen (Bukit Batu) dan Mohamed Ridza Busu (Permas).
Shafie berkata, calon-calon ini adalah penduduk tempatan dengan latar belakang profesional.
“Hari ini, kami cipta sejarah kerana tukar landskap politik negara,” katanya pada majlis memperkenalkan calon.
“Ini adalah titik permulaan kami berkhidmat kepada rakyat di Semenanjung.”
PRN Johor akan diadakan pada 12 Mac. Penamaan calon dijadualkan esok dan pengundian awal akan berlangsung pada 8 Mac.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram