HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Jauhi DEB yang berasaskan kaum, kata calon MUDA

-

Lim Wei Jiet berkata, rakyat mesti diperkasa berdasarkan keperluan, bukan kaum.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Pengasas bersama MUDA Lim Wei Jiet, yang juga calon DUN Tenang pada PRN Johor berkata, sudah tiba masanya untuk menjauhi DEB yang sering disalah guna. (Gambar Facebook)

JOHOR BAHRU:
Calon MUDA bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Lim Wei Jiet berkata, tindakan afirmatif mestilah berdasarkan keperluan rakyat, bukan kaum.

Sudah tiba masanya untuk menjauhi Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang telah disalah guna, katanya.

Dalam wawancara bersama FMT, Lim berkata, beliau tidak mahu situasi di mana projek diberikan dan kuota dipenuhi semata-mata atas warna kulit seseorang, terutamanya apabila ini menguntungkan golongan berada.

“Pada penghujung hari, anda mahu orang miskin diperkasa dan diberi sokongan tambahan.

“Kita telah lihat DEB berkali-kali disalah guna sepanjang beberapa dekad ini oleh Umno-Barisan Nasional, di mana anak orang kaya dapat masuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), contohnya.

“‘Datuk’ yang kaya masih boleh beli rumah yang diperuntukkan bagi Bumiputera dengan diskaun berbanding keluarga berbangsa Cina yang miskin. Bagaimana ini masuk akal?

“Saya tak tolak tindakan afirmatif, cuma ia perlu menghampiri pendekatan berasaskan keperluan,” katanya.

Sambil menegaskan beliau tidak bercakap untuk MUDA dan parti itu belum menggariskan secara khusus pendiriannya mengenai DEB, Lim berkata, beliau percaya pandangannya dikongsi oleh seluruh kepimpinan.

“Saya akan sangat terkejut jika pandangan saya tidak sama dengan kepimpinan parti,” kata pengasas bersama MUDA itu.

Manifesto MUDA bagi PRN Johor

Lim berkata, MUDA akan melancarkan manifestonya bagi pilihan raya negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat parti itu berkata, kebanyakan rakyat berdepan isu sama, seperti kekurangan peluang pekerjaan dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Apabila ditanya sama ada MUDA dan Pakatan Harapan (PH) telah membincangkan manifesto berasingan, beliau berkata “tidak”.

Katanya, pada masa ini, kedua-dua pihak sedang menumpukan usaha untuk memenangi kerusi ditandingi.

“Apa yang umumnya berlaku selepas pilihan raya adalah, jika kita membentuk majoriti parti yang berkuasa, kita akan duduk bersama dan pilih Menteri Besar sesama kita.

“Dan sepanjang perbincangan itu, sokongan kami kepada MB mungkin bersyarat atas mana-mana dasar, jadi saya fikir perbincangan seperti itu akan berlaku kemudian.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.