
Beliau berkata proses bedah siasat tersebut dilakukan di Hospital Sultan Hajjah Kalsom, Tanah Rata pagi ini dan keputusannya bakal diperoleh dalam masa terdekat.
“Kami jangkakan dalam masa terdekat, kami akan mendapat keputusan bedah siasat. Selepas selesai, baru kami akan serahkan mayat kepada waris,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Pada Khamis, pasangan suami isteri itu ditemui meninggal dunia dalam bilik air di rumah mereka di Taman Puncak Tringkap di Cameron Highlands, dipercayai terkena renjatan arus elektrik.
Tiga anak pasangan itu berusia lingkungan dua hingga 10 tahun yang turut berada di kediaman itu ketika kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menyentuh mengenai nasib tiga anak pasangan tersebut, Mohd Shamsuri berkata waris ahli keluarga dari Pulau Pinang dan Sarawak telah dimaklumkan berkaitan urusan hak penjagaan mereka.
Menurutnya, hal tersebut juga mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk pemantauan dan pengurusan hal kebajikan sementara menunggu proses lengkap hak penjagaan tersebut.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram