HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Kapal TLDM usir 12 bot nelayan asing ceroboh masuk negara

-

TLDM mengatur gerak aset yang terhampir iaitu Kapal Diraja (KD) Keris untuk ke lokasi pengesanan awal bot tersebut.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Maklumat pengesanan disalurkan kepada komponen maritim bagi tujuan tindakan lanjut, menurut TLDM. (Gambar Facebook TLDM)

KUALA LUMPUR:
Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya mengekang pencerobohan 12 buah bot nelayan asing daripada memasuki negara berhampiran Pulau Perak di Kedah, petang semalam.

TLDM dalam kenyataan malam tadi memaklumkan penyaluran maklumat yang pantas menerusi Maritime Component Commander Barat telah mengatur gerak aset paling hampir, iaitu Kapal Diraja (KD) Keris untuk ke lokasi pengesanan awal bot tersebut di sekitar perairan Tenggara Pulau Perak pada 5 petang semalam.

“Setiba di posisi pengesanan, KD Keris melakukan pengusiran ke atas lima buah bot nelayan asing di lapangan, manakala tujuh lagi bot dilaporkan dipercayai telah meninggalkan perairan negara setelah menyedari kehadiran dan keberadaan aset pertahanan maritim negara,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, pesawat B200T (RMF 339) milik Tentera Udara Diraja Malaysia mengesan keberadaan 12 buah bot nelayan asing yang dinyatakan di dua posisi berbeza, iaitu di 71 batu nautika dan 57 batu nautika tenggara, Pulau Perak.

Kenyataan itu juga memaklumkan, maklumat pengesanan disalurkan kepada komponen maritim bagi tujuan tindakan lanjut dan Angkatan Tentera Malaysia amnya tidak akan berkompromi terhadap aktiviti yang melibatkan keselamatan dan ketidakpatuhan undang-undang negara.

“TLDM bersama agensi penguat kuasa maritim yang lain sentiasa memperkasakan kesiagaan aset Op Benteng Laut bagi menjaga perairan dan kedaulatan negara,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.