![Free Malaysia Today](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2022%2F04%2FCEO-MRT-CORP-MOHD-ZARIF-HASHIM-4.jpg&w=3840&q=75)
Zarif berkata, projek itu direka untuk memudahkan pertukaran dari satu mod pengangkutan ke mod pengangkutan lain dengan lebih lancar.
MRT3 dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2030, dengan fasa pertamanya dijangka memulakan operasi pada 2028.
Dalam temu bual bersama FMT, Zarif berkata, projek yang disifatkan sebagai “bahagian akhir” kepada sistem transit Kuala Lumpur itu adalah laluan terakhir yang akan disiapkan di bawah Rancangan Pembangunan Rel Bandar 2010.
Katanya, selepas MRT3 siap, mungkin terdapat rancangan baharu untuk sistem transit Lembah Klang.
“Kita akan cuba memberi tumpuan lebih banyak kepada kawasan di barat Kuala Lumpur, iaitu Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.
“Penekanan yang lebih akan diberikan untuk memastikan rangkaian transit meluas ke seluruh kawasan Lembah Klang dan kawasan yang masih kurang mendapat perkhidmatan seperti Selayang, Batu Caves dan Gombak,” katanya.
Projek itu dianggarkan bernilai RM31 bilion selain kos tambahan RM8 bilion untuk tujuan pemerolehan tanah. Laluan itu mempunyai jajaran lingkaran sepanjang 50.8km yang meliputi perimeter Kuala Lumpur.
MRT3 akan mempunyai 31 stesen, 10 daripadanya akan menjadi stesen pertukaran dengan lapan laluan rel sedia ada di Lembah Klang.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram