Rafizi tinggalkan Saifuddin dengan kelebihan hampir 20,000 undi

Rafizi tinggalkan Saifuddin dengan kelebihan hampir 20,000 undi

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini, Rafizi Ramli mendapat 69,045 undi, menewaskan Saifuddin Nasution yang meraih 49,803 undi.

Rafizi Ramli mendahului Saifuddin Nasution di 19 daripada 31 bahagian PKR di Sarawak dengan 1,113 undi berbanding 1,059 undi.
PETALING JAYA:
Rafizi Ramli mengungguli saingan jawatan timbalan presiden PKR dengan kelebihan hampir 20,000 undi selepas keputusan tidak rasmi di negeri terakhir, Sarawak diperolehi hari ini.

Keputusan di laman sesawang PKR menunjukkan Rafizi mendahului di 19 daripada 31 bahagian PKR di negeri itu.

Berdasarkan kiraan undian di semua bahagian setakat 10 pagi tadi, Rafizi mengumpul 1,150 undi mengatasi pencabarnya yang juga Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang memperoleh 1,006 undi.

Saifuddin menang di 11 daripada 31 bahagian di Sarawak, manakala seri di Miri selepas masing-masing mendapat 41 undi.

Undi tertinggi diraih Rafizi ialah di Hulu Rejang dengan 227 undi, berbanding 124 undi untuk Saifuddin.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini, Rafizi mendapat 69,045 undi menewaskan Saifuddin yang meraih 49,803 undi selepas mengambil kira keputusan di semua negeri, termasuk Sarawak dan Wilayah Persekutuan.

Walaupun keputusan rasmi hanya akan diumumkan dalam Kongres PKR pada 25 Jun ini, Saifuddin sudah mengucapkan tahniah kepada Rafizi dan beberapa calon lain yang berpotensi menang semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.