
Pengarah Maritim Selangor, V Siva Kumar, berkata penahanan dilakukan pada 6.30 petang susulan maklumat risikan mengenai vesel mencurigakan di perairan berkenaan.
Beliau berkata, bot itu dikendalikan tekong dan kru terdiri daripada lima warga Indonesia berusia 23 hingga 62 tahun dan memiliki dokumen pengenalan diri sah.
“Namun mereka telah gagal mengemukakan permit berkaitan barangan dibawa. Hasil pemeriksaan menemukan sembilan kotak pelbagai jenis ubat kawalan yang dimuatkan di dalam bot,” katanya dalam kenyataan.
Siva Kumar berkata, semua mereka berserta muatan ubat dibawa ke Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Racun 1952.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram