![Free Malaysia Today](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2019%2F04%2Fsandakan-sabah-bernama-240419-1.jpg&w=3840&q=75)
Timbalan ketua menteri Sabah itu berkata, penaiktarafan itu sepatutnya dilakukan pada awal tahun ini, namun disebabkan kekangan tertentu, ia terpaksa ditangguhkan.
“Sekarang Sandakan sudah bersedia. Majlis Perbandaran Sandakan juga menyatakan mereka sudah bersedia untuk Sandakan dinaik taraf sebagai bandar raya.
“Sudah tentu impaknya akan meningkatkan ekonomi Sandakan dan sudah tentu akan ada perancangan baharu yang kita laksanakan,” katanya kepada pemberita selepas menutup Karnival Belia Keluarga Malaysia anjuran Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN) Libaran malam tadi.
Menurut Bung Moktar, antara perancangan melonjakkan ekonomi Sandakan adalah memajukan aspek pelancongan melalui usaha merancakkan penyertaan usahawan kecil tempatan.
“Contohnya mungkin kita akan bina ‘waterfront’ seperti di Kota Kinabalu dan ini tentunya akan menarik pelancong,” tambahnya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram