HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

PKR takkan bincang, kerjasama dengan Azmin

-

Ini kerana, kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, bekas timbalan presiden itu dianggap salah satu punca utama berlakunya pengkhianatan Langkah Sheraton.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Azmin Ali didakwa berjumpa dua wakil PKR pada Rabu lalu.

PETALING JAYA:
PKR tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Azmin Ali, selepas bekas timbalan presiden parti itu dikatakan menemui wakil PKR minggu lalu.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam kenyataan berkata, Azmin dianggap oleh ahli, penyokong parti dan orang ramai sebagai salah satu punca utama berlakunya pengkhianatan melalui Langkah Sheraton.

Katanya, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat malam tadi yang antara lain membincangkan pemilihan parti dan persiapan untuk kongres tahunannya.

Baru-baru ini, timbul spekulasi bahawa Azmin akan kembali ke pangkuan PKR selepas didakwa berjumpa dengan dua wakil parti itu pada Rabu lalu, tetapi menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu menafikannya sebagai spekulasi semata-mata.

“Ramai orang saya jumpa, jadi saya tidak ingat dengan siapa yang saya jumpa,” kata ahli Parlimen Gombak itu seperti dipetik Malaysia Gazette berhubung pertemuan dengan wakil PKR.

Menurut laporan Malaysiakini yang memetik sumber, pertemuan antara Azmin dan wakil PKR itu didakwa membabitkan dakwaan ahli Parlimen daripada parti itu yang setia bersama Azmin.

Mereka juga memberi petunjuk bahawa Azmin sedang “meninjau untuk membeli insurans” demi kelangsungan politiknya.

Perkara itu timbul susulan penafian Azmin berhubung khabar angin beliau akan mengikut jejak Zuraida Kamaruddin keluar Bersatu.

Azmin berkata, beliau akan terus bekerjasama rapat dengan ahli Bersatu dan menghargai presidennya, Muhyiddin Yassin yang mempertahankannya dengan menafikan khabar angin bahawa beliau akan meninggalkan parti itu.

Azmin dan Zuraida menyertai Bersatu selepas dipecat oleh PKR susulan Langkah Sheraton pada 2020 yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang hanya 22 bulan selepas ia berkuasa dan kelahiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Muhyiddin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.