HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Mat Kilau cipta fenomena, pecah rekod kutipan RM39 juta

-

Golden Screen Cinemas (GSC) mengumumkan filem terbaharu arahan pengarah Syamsul Yusof telah berjaya mengatasi rekod filem seram Munafik 2.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, arahan pengarah terkenal Syamsul Yusof memecah rekod kutipan filem tempatan dengan kutipan RM39 juta mengatasi filem seram Munafik 2 pada 2018. (Gambar Facebook GSC)

PETALING JAYA:
Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencipta fenomena luar biasa apabila berjaya memecah rekod kutipan filem tempatan tertinggi RM39 juta sejak mula ditayangkan pada 23 Jun lalu.

Golden Screen Cinemas (GSC) mengumumkan filem terbaharu arahan pengarah Syamsul Yusof berjaya mengatasi rekod filem Munafik 2 yang juga merupakan filem arahannya.

“Terima kasih Malaysia, filem #MatKilau kini adalah filem tempatan terbesar, mencecah rekod #Munafik dengan kutipan melebihi RM39 juta.

“Terima kasih semua atas sokongan anda, siapa yang tak tengok lagi jom serbu wayang sekarang, ” menurut GSC di Twitter.

Untuk rekod, filem seram Munafik 2 mencatatkan jumlah kutipan RM37.7 juta pada 2018.

Sementara itu, pengarah filem Syamsul Yusof menerusi Instagramnya meluahkan rasa terharu dengan kejayaan filem tersebut serta sokongan yang diberikan pencinta filem tanah air terhadap hasil karyanya.

“Tiada kata. Alhamdulillah kutipan tiket Mat Kilau untuk semalam adalah RM7.3 juta dalam tempoh satu hari. Keseluruhan RM39.2 juta dalam tempoh 10 hari tayangan.

“Sejarah dan rekod baharu untuk tayangan filem Melayu. Kuasa Allah. Terima kasih kepada penonton di Malaysia, Brunei dan Singapura. Terima kasih juga kerana masih percaya dengan sentuhan saya dan pasukan produksi,” katanya.

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan diterbitkan Studio Kembara dan Skop Production Sdn Bhd dengan kos penggambaran dilaporkan mencecah RM8 juta.

Filem itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari dan Yayan Ruhan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.