HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

60% askar pencen hidup bawah garis kemiskinan, kata persatuan

-

Persatuan Veteran Angkatan Tentera tidak pernah berhenti berjuang mendapatkan penyelarasan pencen dan dilaksanakan mengikut kaedah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Persatuan Veteran Angkatan Tentera (PVATM) berkata mereka yang berpencen sebelum 2004 menerima bayaran bawah RM1,000, manakala pegawai waran berpencen pada 1990 menerima pencen antara RM500 ke RM600. (Gambar bernama)

PETALING JAYA:
Hampir 60% veteran tentera yang menerima pencen bulanan hidup miskin bawah paras pendapatan garis kemiskinan (PGK), kata Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera (PVATM) Sharuddin Omar.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, dianggarkan 95% adalah dalam kalangan veteran lain-lain pangkat yang menerima gaji rendah.

“Jadi, apabila mereka pencen, mereka masuk dalam kategori kemiskinan. Pencen diterima mereka yang berpencen sebelum 2004 adalah di bawah RM1,000.

“Contohnya seorang pegawai waran yang berpencen pada 1990 hanya menerima pencen antara RM500 ke RM600 sahaja. Macam mana pula yang berpangkat prebet?,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Justeru, beliau berkata, PVATM tidak pernah berhenti berjuang untuk mendapatkan penyelarasan pencen dan dilaksanakan mengikut kaedah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada kerajaan sejak 2014, tetapi sehingga kini belum ada sebarang keputusan.

Katanya, seramai 170,000 ahli veteran berusia lebih 60 tahun dan kebanyakannya mengalami masalah kesihatan berpunca daripada aktiviti atau tugas mereka ketika bertugas dalam angkatan tentera.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan, PVATM mempergiatkan usaha menjejaki pusara pejuang yang terkorban dalam pertempuran bagi memulihara tempat bersemadi veteran terbabit.

“Kita mula menjejak pusara terbabit untuk dipelihara dan kemudian diletakkan lambang PVATM bagi mengenang jasa ditaburkan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.