HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Guna masalah, selesai isu rakyat untuk menang PRU15, bukan 1MDB, kata Saifuddin

-

Setiausaha agung PKR berkata PH perlu melihat masalah mendesak dihadapi orang ramai jika gabungan itu mahu mengecapi kemenangan pada PRU15.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata isu 1MDB tidak lagi relevan untuk menang PRU15, sebaliknya Pakatan Harapan perlu melihat masalah mendesak dihadapi orang ramai dan kaedah penyelesaian.

SHAH ALAM:
Pakatan Harapan (PH) tidak boleh lagi bergantung kepada isu skandal seperti 1MDB untuk menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, pada PRU14 gabungan itu secara berkesan menggunakan isu skandal rasuah membabitkan dana kerajaan dan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sehingga mengakibatkan kejatuhan Barisan Nasional (BN) selepas enam dekad memerintah.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata PH perlu melihat masalah mendesak dihadapi orang ramai jika gabungan itu mahu mengecapi kemenangan pada PRU15.

“Kami berpendapat, kami mesti guna masalah dan kemuka penyelesaian, jauh lebih penting untuk menang PRU. Ia memerlukan idea kolektif kepimpinan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Pemuda PKR.

Katanya, kerajaan juga perlu berusaha menyediakan lebih banyak bantuan kepada mereka yang terjejas dari segi kewangan akibat pandemik Covid-19, sambil menambah latihan perlu diberikan kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan semasa pandemik.

Selain mengukuhkan jaringan keselamatan sosial negara, beliau juga berkata, pemberian tunai akan menjadi langkah jangka pendek utama untuk menangani peningkatan kos sara hidup berbanding subsidi.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Saifuddin menggesa kerajaan membuka harga siling beras tempatan dan menetapkan harga siling ke atas beras import bagi menyelesaikan isu monopoli serta kemiskinan melibatkan petani.

Beliau berkata, ketika ini industri padi negara membekalkan 70% keperluan padi kepada negara, manakala manakala 30% lagi bergantung import.

“Kehidupan penanam padi terus tidak berubah. Kelompok ini amat dekat dengan kemiskinan.

“Antara puncanya ialah polisi penetapan harga lantai padi RM1.20 dan harga siling beras tempatan RM2.60 yang mengakibatkan pendapatan penanam padi terus rendah. Keadaan semakin parah dengan peningkatan harga racun dan baja akibat perang Ukraine-Rusia,” katanya.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar-Baharu turut mengemukakan tawaran PKR kepada kerajaan dalam usaha menyelesaikan isu dihadapi rakyat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.