
“Dia (Rafizi) mungkin semak kembali minit mesyuarat lembaga pengarah.
“Bagaimana dia dapat akses kepada dokumen-dokumen itu?” katanya menurut laporan Malaysiakini.
Ia susulan dakwaan Rafizi yang mengatakannya sebagai pihak yang menyetujui penyerahan kawalan pengurusan dalam syarikat subkontraktor projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS) kepada syarikat asing.
Lodin Wok juga berkata, beliau tidak dapat memberi sebarang komen berkaitan dakwaan Rafizi tersebut kerana perkara itu sudah lama.
“Perkara ini berlaku 12 tahun lalu dan saya tidak ingat lagi. Saya pun tiada minit mesyuarat itu di tangan sekarang,” katanya.
BHIC pada Januari 2011 memaklumkan perubahan lembaga pengarah besar-besaran kepada Bursa Malaysia, termasuk pengunduran Lodin Wok.
Terdahulu, Rafizi mempersoal tindakan pentadbiran Najib Razak terdahulu yang tidak membeli kapal tempur pesisir secara terus daripada DCNS berbanding melalui struktur berlapis-lapis yang melibatkan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) dan dua subkontraktor.
Rafizi berkata BNS telah menandatangani surat perjanjian dengan sub kontraktor pertama bagi dua pakej bernilai RM1.18 billion.
Katanya, sub kontraktor (BNS) seterusnya melantik syarikat bersekutunya sebagai sub kontraktor kepada mereka. Syarikat bersekutu itu kemudiannya membuat subkontrak kerja kepada syarikat tentera laut Perancis DCNS sebanyak RM397 juta, menambah kos sebanyak 200%.
Sementara itu, Pengerusi Kira-Kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh turut berkata menteri pertahanan dan BNS telah mengabaikan pandangan tentera laut berkenaan projek LCS.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram