HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Tiada perbincangan, kata MTUC berkait penangguhan pindaan Akta Kerja

-

MTUC berkata pihaknya menerima ‘dua kejutan’ iaitu berhubung penangguhan dan kenyataan menteri bertemu kongres mengenai isu itu.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Presiden MTUC Effendy Abdul Ghani berkata Kementerian Sumber Manusia perlu membincangkan penguatkuasaan pindaan Akta Kerja 1955 dengan kongres. (Gambar fail)

PETALING JAYA:
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menafikan pertemuan dengan Menteri Sumber Manusia M Saravanan bagi membincangkan penangguhan penguatkuasaan pindaan Akta Kerja 1955.

“Saya menafikan perkara ini. Tidak ada perbincangan,” kata Presiden MTUC Effendy Abdul Ghani.

“Saya menerima dua kejutan. Pertama, saya terkejut dengan pengumuman pada Jumaat mengenai penguatkuasaan pindaan ditangguhkan kepada 1 Jan. Kedua, saya terkejut menteri hari ini berkata ada perbincangan dengan MTUC.

“MTUC berharap menteri bersikap jujur dengan kebenaran,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, keadaan itu sedikit-sebanyak merumitkan hubungan antara MTUC dan kementerian, yang sebelum ini mengadakan sesi libat urus “telus dan berterusan” berhubung perbincangan sebarang pindaan.

Pindaan Akta Kerja 1955 antara lain mengurangkan waktu bekerja mingguan dari 48 ke 45 jam.

Cuti bersalin pula dinaikkan dari 60 ke 98 hari manakala cuti paterniti dinaikkan daripada tiga hari kepada tujuh.

Kerajaan sebelum ini berkata, ia akan dikuatkuasakan mulai 1 Sept. Bagaimanapun, pada Jumaat, Saravanan berkata, penguatkuasaan itu ditangguhkan kepada 1 Jan untuk membantu majikan menangani kekurangan buruh, sambil menambah penangguhan itu dibuat atas permintaan mereka.

Setiausaha Agung MTUC Kamarul Baharin Mansor menyelar “flip-flop” oleh kerajaan, dengan menyatakan bahawa tidak ada rundingan terlebih dahulu mengenai penangguhan itu.

Dalam laporan Bernama hari ini, Saravanan berkata, beliau telah membincangkan mengenai penangguhan penguatkuasaan pindaan itu dengan MTUC dan menambah, keputusan itu dibuat selepas meneliti pandangan semua pihak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.