HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Malaysia Airports, bentuk pemimpin muda masa depan

-

MAHB memupuk bakat belia Malaysia untuk mencapai dan menjangkaui tahap piawaian industri antarabangsa.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
MAHB menawarkan pelbagai program dalam bentuk biasiswa yang direka khusus bagi membantu calon meningkatkan kecekapan dengan memfokuskan terhadap pembangunan kemahiran kepimpinan belia berbakat di negara ini. (Gambar KLIA2)

PETALING JAYA:
Bagi ramai golongan belia Malaysia, memilih laluan kerjaya bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi dalam persekitaran dunia hari ini yang begitu pesat berubah dengan pelbagai industri dan peluang dihidangkan sebagai pilihan.

Kalau dahulu pendekatan tradisional adalah untuk mengejar pendidikan tertiari dan laluan kerjaya yang menyusul, kaedah itu kini nyata bukan lagi satu-satunya jaminan kejayaan.

Dengan pelbagai organisasi menawarkan pendidikan tambahan dan latihan dalaman bukan saja untuk bakal pekerja, malah kakitangan sedia ada, seseorang kini diberi begitu banyak pilihan sebelum akhirnya benar-benar mampu pasti dengan kerjaya yang dekat di hati.

Antara institusi yang secara proaktif memupuk belia Malaysia untuk memenuhi peranan pemimpin masa depan ialah Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Sebagai sebahagian daripada usaha tanggungjawab korporat mereka, MAHB menawarkan pelbagai program dalam bentuk biasiswa yang direka khusus bagi membantu calon, baik dari dalam atau luar organisasi itu, mencapai cita-cita, selain meningkatkan kecekapan dengan memfokuskan terhadap pembangunan kemahiran kepimpinan belia berbakat di negara ini.

Ihdini Muhammad Jamsyid, Eksekutif Hubungan Pelabur di MAHB, begitu gembira ketika menerima jemputan syarikat untuk sesi temu bual dan ujian bagi Program Biasiswa Pendidikan (ESP) pada 2017.

Tanpa melepaskan peluang itu, beliau yang berusia 24 tahun kini memiliki segulung ijazah Sarjana Muda dari Universiti Multimedia Cyberjaya.

Bagi rakyat Malaysia yang bercita-cita tinggi bawah usia 21 tahun, Program ESP ini menawarkan mereka peluang melanjutkan pengajian siswazah sama ada di universiti tempatan mahupun antarabangsa.

Dengan peruntukan tahunan berjumlah RM140,000, MAHB telah membiayai 54 pelajar seperti Ihdini seterusnya membuka jalan untuk peluang pekerjaan bagi mereka.

Free Malaysia Today
Dengan peruntukan tahunan berjumlah RM140,000, MAHB telah membiayai 54 pelajar bagi membuka jalan untuk peluang pekerjaan bagi mereka.

“Saya bekerja dengan MAHB selama setahun setengah. Pengalaman ini begitu menyeronokkan dan menjadi satu galakan untuk saya sebagai graduan baharu memasuki bidang kerjaya korporat. Kini saya menjalani program pusingan kerja Graduate Readiness & Transition Programme (GREAT Programme) yang mendedahkan saya kepada pelbagai skop perniagaan.

“Ia menyasarkan terhadap peningkatan kemahiran pekerja pemegang biasiswa supaya mereka mampu menggalas tugasan di pelbagai jabatan berbeza untuk tempoh tertentu, sebelum dikembalikan ke jawatan asal. Ini seterusnya memberi pendedahan lebih baik selain mereka dapat melihat gambaran menyeluruh mengenai perniagaan ini.”

Nur Amiza Zulaika Zaidan, 37, Pengurus – Pejabat Pelanggan (Teknikal-TTS) pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Beliau turut memiliki Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang mampu dicapai dengan bantuan Program Bantuan Pendidikan (EAP).

Difokuskan secara dalaman, Program EAP menggalakkan dan mempromosikan pendidikan berterusan bagi kakitangan MAHB yang layak dan berkelulusan seperti Nur Amiza menerusi insentif bantuan kewangan.

“Saya mendapat tahu mengenai program biasiswa EAP menerusi komunikasi dalaman/emel syarikat ketika tahun pertama program MBA saya. Ketika program selama dua tahun itu, saya berjaya mengatur semula sasaran kerjaya selain turut berkembang dari segi peribadi dan profesional.

“Cabaran utama dihadapi adalah dari segi pengurusan masa kerana terpaksa mengimbangkan kerja sebagai jurutera penyenggaraan dan menghadiri kelas pada hujung minggu. Namun inilah masanya saya berpeluang menggunakan sehabisnya kemahiran diri dalam membuat keputusan dan pengutamaan.”

Memupuk kepimpinan bermatlamat dengan mencungkil bakat baharu atau calon berpotensi merupakan sesuatu yang kritikal dalam memastikan kelestarian berterusan sesebuah organisasi.

Dalam pada MAHB terus berusaha mencapai objektif dirancangnya, Program Pelatih Pengurusan Strategic Talent Accelerated Readiness (STAR) merupakan alat berharga yang baru dilaksanakan, dalam usaha membangunkan dan mengekalkan pasukan terbaik.

Dengan sasaran untuk bersedia menghadapi desakan industri di masa akan datang, Program STAR bergantung kepada pengalaman pembelajaran holistik dengan pendedahan meluas bagi memupuk, melengkapkan dan membangunkan generasi pemimpin seterusnya.

Sebagai tambahan kepada skop tugasan asal serta tanggungjawab seseorang calon, Program STAR yang intensif ini merupakan jawatan sepenuh masa yang menandakan permulaan kerjaya pelatih di MAHB. Ia dilengkapi program berstruktur selama 24 jam yang direka khas untuk memaksimumkan pembelajaran, membina keberkesanan serta keupayaan.

Buat masa ini tujuh pelatih telah dipilih untuk kumpulan pertama selepas melalui proses perekrutan yang mantap. Mereka ini telah melaporkan diri untuk bertugas pada Julai 2022.

Apabila ditanya apakah nasihatnya kepada mereka yang ingin mengikut jejak langkahnya, Nur Amiza berkata: “Bertindaklah. Tak kira apapun yang anda lakukan…jika benar-benar mahukannya…bertindaklah. Buat sesuatu, tidak kira betapa kecil sekalipun pasti akan membawa perubahan.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.