HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Warga emas maut dipijak gajah

-

Samsiah Arshad, 67, dikatakan dalam perjalanan bersama suami menaiki motosikal untuk melawat cucu mereka sebelum ditimpa kejadian itu.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 7.30 pagi tadi yang menyebabkan mangsa dipijak gajah liar mengamuk di Jalan Merota-Kalabakan, Tawau.

PETALING JAYA:
Seorang wanita warga emas maut dipercayai dipijak seekor gajah liar yang mengamuk berhampiran kawasan Dumpas, Jalan Merota-Kalabakan, Tawau, Sabah.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 7.30 pagi ketika mangsa Samsiah Arshad, 67, dalam perjalanan bersama suami Tahir Salleh yang berusia lingkungan 60-an, menaiki motosikal dari Kampung Hidayat Batu 4 menuju ke Kongsi 4 Ladang Kelapa Sawit Cenderamata untuk melawat cucu mereka.

Menurut Bernama, suami mangsa bagaimanapun dilaporkan terselamat dalam kejadian itu.

Menurut Pegawai Jabatan Hidupan Liar Tawau, Primus Lambut, pihaknya menerima laporan berhubung kes gajah liar mengamuk di kawasan Dumpas.

“Gajah ini bukan gajah betina bunting yang sebelum ini pernah dilaporkan sesat memasuki kawasan pekan Merotai kerana gajah itu sudah dihalau ke hutan. Ini gajah lain, ia tidak memakai kolar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Tawau, Jasmin Hussin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.