HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Kabinet akan putus sama ada laporan buku Thomas didedah kepada umum, kata Wan Junaidi

-

Menteri di jabatan perdana menteri itu berkata terpulang kepada Kabinet sama ada memutuskan laporan pasukan petugas khas perlu didedah kepada umum atau tidak.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mengulas laporan mendakwa Pejabat Peguam Negara mengesyorkan dapatan pasukan petugas khas tidak didedahkan kepada umum.

PETALING JAYA:
Laporan akhir pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan bekas peguam negara, Tommy Thomas, dalam bukunya akan dibentangkan kepada Kabinet, Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Mengulas laporan yang mendakwa Pejabat Peguam Negara mengesyorkan laporan terbabit tidak didedahkan kepada umum, Wan Junaidi berkata, perkara itu hanya ditentukan Kabinet.

“Kalau tidak salah, ia akan dibentangkan pada 30 Sept. Terpulang kepada Kabinet sama ada ia perlu didedah kepada umum atau tidak,” katanya kepada FMT.

Wan Junaidi berkata, mesyuarat Jemaah Menteri akan datang akan dibuat Jumaat, memandangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, ketika ini sedang berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-77.

Pasukan petugas khas itu dilantik kerajaan bertujuan menyiasat dakwaan salah guna kuasa, campur tangan dalam badan kehakiman, pendakwaan bermotif politik dan kesalahan lain didakwa berlaku, seperti dimuatkan dalam buku Thomas.

Difahamkan, sebanyak 19 isu dibangkitkan.

Bulan lalu, Wan Junaidi berkata, laporan akhir pasukan petugas khas akan dibentangkan kepada Kabinet “tidak lama lagi”.

Selain menyatakan Pejabat Peguam Negara tidak mengesyorkan dapatan pasukan petugas khas didedahkan kepada umum, laporan berita itu berkata pejabat itu tidak membantah sekiranya pihak berkuasa tertentu dan Jabatan Audit mahu melaksanakan siasatan terhadap Thomas.

FMT sudah menghubungi Peguam Negara Idrus Harun untuk ulasan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.