HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Isu pekerja asing berpunca daripada menteri PH, dakwa Saravanan

-

Menteri Sumber Manusia M Saravanan memberi jaminan isu itu akan selesai dalam waktu terdekat apabila lebih 600,000 pekerja asing sedang menunggu proses masuk ke negara ini.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
M Saravanan mendakwa pelaksanaan moratorium terhadap pengambilan pekerja Bangladesh oleh M Kulasegaran menjadi punca berlaku krisis kekurangan pekerja ketika ini.

KUALA LUMPUR:
Menteri Sumber Manusia M Saravanan mendakwa krisis kekurangan pekerja asing ketika ini berpunca daripada Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran yang melaksanakan moratorium dengan menghentikan pengambilan pekerja asing dari Bangladesh pada 1 Sept 2018.

M Kulasegaran adalah menteri sumber manusia era Pakatan Harapan (PH).

Saravanan berkata, krisis buruh asing diburukkan lagi apabila sempadan negara ditutup ekoran pandemik Covid-19 pada Mac 2020 ketika pentadbiran kerajaan bertukar, dan beliau menerajui kementerian itu.

“Ipoh Barat umum moratorium terhadap pekerja Bangladesh pada 1 Sept 2018, maka dari saat itu sehingga beliau hilang kuasa tiada pekerja dari Bangladesh masuk.

“Apabila tukar pucuk pimpinan kerajaan, dan kami ambil alih serta-merta Covid-19, maka tiada pekerja asing masuk. Disebabkan kecacatan yang dilakukan oleh Ipoh Barat hampir tiga tahun kita tiada pekerja asing dari Bangladesh masuk ke negara kita,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) yang meminta kementerian menyatakan sebab isu pekerja asing tidak dapat diselesaikan, dan jumlah pekerja asing yang masuk ke negara ini setakat ini.

Saravanan menambah isu kekurangan pekerja asing hanya dapat ditangani selepas pintu sempadan dibuka pada April tahun ini dengan perjanjian antara Bangladesh berhubung pekerja asing dimuktamadkan pada 2 Jun lalu.

“Maka dari 1 Sept 2018 hingga 1 Apr 2022 tiada pekerja asing masuk ke negara kita. Pekerja dari Bangladesh hanya mula masuk selepas 2 Jun. Semua ini berlaku sebab kecacatan Ipoh barat sebagai menteri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan isu kekurangan pekerja asing akan selesai dalam waktu terdekat, apabila seramai 644,379 buruh asing sedang menjalani proses biometrik dan perubatan di negara sumber masing-masing untuk masuk ke negara ini.

“Kita telah selesaikan pekerja asing seramai 1,244,400 orang yang bekerja dalam pelbagai sektor di negara ini. Jumlah eVDR (Visa Dengan Rujukan) yang telah diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan akan masuk 238,943 orang.

“Selain itu, seramai 644,379 orang sedang menjalani proses biometrik dan perubatan di negara sumber.

“Maka keseluruhan pekerja asing dalam sebulan dua ini adalah 2,127,722 orang, ini jauh berbeza dalam keadaan sebelum ini. Tidak betul kata kita tidak dapat selesaikan,” katanya.

Bagaimanapun, Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah tidak menyatakan tenaga sumber itu dari negara mana.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.