HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

PU Azman didakwa 5 tuduhan amang seksual remaja lelaki

-

Pendakwah selebriti itu mengaku tidak bersalah atas atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki dan diikat jamin RM40,000.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Azman Syah Alias atau dikenali sebagai PU Azman didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Sendayan, Negeri Sembilan. (Gambar Facebook Perak)

PETALING JAYA:
Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu.

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 41 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Surita Budin, lapor Berita Harian.

Azman didakwa atas tiga tuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau termasuk merangsang mangsa berusia 17 tahun di ruang tamu dan tandas di sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai 2022 antara 3 pagi hingga 5 pagi.

Dia juga didakwa atas dua tuduhan melakukan perbuatan sama terhadap seorang lagi mangsa berusia 16 tahun 10 bulan pada 6 Julai 2022, antara 3 pagi hingga 5 pagi di ruang tamu rumah sama dan pada 5 Feb 2022, antara kira-kira 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga disebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly meminta mahkamah mengenakan jaminan tinggi terhadap tertuduh iaitu RM15,000 bagi setiap pertuduhan.

Peguam Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili tertuduh, memohon jaminan rendah atas alasan pendapatan anak guamnya terjejas sejak direman bulan lalu dan memerlukan bantuan keluarga untuk menjaminnya.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM40,000 bagi semua pertuduhan dan tertuduh dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai, selain perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen ditetapkan pada 8 Dis ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.