
Sumber itu tidak menamakan kerusi berkenaan tetapi berkata ia menjadi kubu kuat PKR sejak 2008 “dan dianggap hampir mustahil untuk menang”.
Pada pilihan raya umum 2008, PKR menang di Hulu Selangor, Selayang, Gombak, Ampang, Subang, Petaling Jaya Selatan, Kelana Jaya, Kapar dan Kuala Langat. Namun Barisan Nasional (BN) merampas Hulu Selangor pada pilihan raya kecil 2010.
Pada 2013, parti itu menambah satu lagi kerusi iaitu di Pandan dan Sungai Buloh lima tahun kemudian selain merampas semula Hulu Selangor.
Gombak disandang bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali yang melompat ke Bersatu pada 2020, Ampang pula diwakili bekas ketua wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang turut menyertai Bersatu sebelum menjadi presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) kini.
Kerusi Pandan dimenangi Rafizi Ramli yang kini timbalan presiden PKR pada 2013 dan Penasihat PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 2018.
Sementara itu, Kuala Langat dimenangi Dr Xavier Jayakumar pada 2013 dan 2018. Namun beliau kini menganggotai PBM.
Pada 2018, BN hanya menang dua kerusi iaitu di Tanjung Karang (Noh Omar) dan Sabak Bernam (Fasiah Fakeh). Namun Fasiah keluar komponen itu untuk menyertai Bersatu.
Semalam, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata semua badan perhubungan Umno negeri telah menyerahkan senarai calon mereka untuk pilihan raya umum.
Isham dilantik ahli MKT Umno pada Jun susulan pengguguran Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman, yang ketika itu bakal dilantik duta besar ke Indonesia.
Pelantikannya dibuat tiga minggu selepas beliau digugurkan sebagai ketua penerangan BN Selangor. BN Selangor menyatakan bahawa jawatan itu tidak diperuntukkan dalam perlembagaan gabungan berkenaan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram