HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Rakaman RTM dibuat sebelum Najib jalani hukuman, kata Jabatan Penjara

-

Video yang ditayangkan di TV1 semalam menceritakan tentang sejarah dan latar belakang Pekan, Pahang dan tidak berkaitan dengan politik, katanya.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Tangkap layar klip video Najib yang disiarkan di sebuah saluran televisyen menjadi tular di media sosial. (Gambar Facebook Bernama)

PETALING JAYA:
Jabatan Penjara menegaskan bahawa tiada sebarang rakaman video bekas perdana menteri Najib Razak dibuat di dalam premis penjara oleh mana-mana agensi media, seperti mana yang ditularkan.

Dalam kenyataan, Jabatan Penjara berkata, hasil semakannya, rakaman video itu dibuat lebih awal oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), sebelum Najib menjalani hukumannya.

Tambahnya, rakaman terbabit dibuat sempena Kembara Keluarga Malaysia Episod 57 dan video yang ditayangkan di TV1 semalam menceritakan tentang sejarah, latar belakang Pekan, Pahang, bukan berkaitan politik.

“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan maklumat tanpa semakan lanjut,” kata jabatan itu.

“Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu yang tidak bertanggungjawab (menyebarkannya).”

Terdahulu, tangkap layar klip video Najib yang disiarkan di sebuah saluran televisyen menjadi tular di media sosial, dan beberapa pengguna media sosial mempersoalkan bagaimana seorang banduan boleh bersiaran di televisyen.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas disabitkan kesalahan dalam dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.