
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata pertimbangan itu akan dilihat dengan syarat calon “payung terjun” itu mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
“Parti ini bersifat nasional…tiada garis atau kawasan negeri menghalang kita dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat. Jadi kita cari calon berpotensi yang mampu memberi perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Jelajah Mega Harapan Negeri Melaka dan Pelancaran Jentera PRU15 Harapan Melaka Taman Sungai Petai Permai di sini malam tadi, yang dilancarkan pengerusi PH yang juga Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Pada masa sama, Adly memaklumkan komposisi calon yang akan diketengahkan pada PRU15 mungkin terdiri daripada gabungan muka baharu dan lama.
Mengulas mengenai senarai calon, Adly berkata, PH Melaka kini hanya menunggu Amanah untuk memuktamadkan senarai akhir calon yang dijangka diserahkan pada 30 Okt ini.
“Secara asasnya kita semua hampir memuktamadkan (senarai calon). Insya-Allah, apabila semua parti sudah sepakat ia akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram