HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Zahidi jadi calon bebas di Parlimen Padang Besar, DUN Titi Tinggi

-

Bekas Ahli Parlimen Padang Besar itu akan berdepan saingan daripada calon BN, PN, PH dan Warisan.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Zahidi Zainul Abidin akan berentap dengan calon Warisan, PH, PN, Pejuang dan BN di DUN Titi Tinggi. (Gambar Facebook)

PADANG BESAR:
Zahidi Zainul Abidin yang digugurkan Barisan Nasional (BN) bertanding atas tiket bebas di Parlimen Padang Besar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau yang memenangi kerusi Padang Besar sejak 2013, berdepan saingan lima penjuru daripada calon BN, Zahida Zarik Khan, Rushdan Rusmi (Perikatan Nasional), Mohamad Saad @ Yahya (Pakatan Harapan) dan Ko Chu Liang (Warisan).

Zahidi berkata, beliau tidak setuju dengan keputusan BN menampilkan calon dari luar Perlis.

“Walaupun kita bersimpati dengan calon ini, yang idahnya belum habis, tetapi kerana kita tidak bersetuju dengan cara keputusan (Ahmad) Zahid Hamidi, maka kita terpaksa teruskanlah walaupun dengan bertanding sebagai calon bebas.

“Peluang untuk menang kali ini..apa yang mampu saya lihat adalah kita hanya merancang dan Allah yang akan menentukan,” katanya selepas proses penamaan calon di Dewan Tuanku Syed Putra Maktab Rendah Sains Mara.

Zahida, yang juga ketua Puteri Umno, kematian suami pada 20 Ogos lalu dan masih dalam tempoh idah selama empat bulan 10 hari sebagaimana ditetapkan hukum Islam.

Pada PRU14, Zahidi bertanding atas tiket BN dan menang kerusi Padang Besar dengan majoriti 1,438 undi, menewaskan calon PKR, Izizam Ibrahim dan PAS, Mokhtar Senik.

Di DUN Titi Tinggi pula, Zahidi berdepan saingan enam penjuru daripada Khaw Hock Kong (Warisan), Teh Seng Chuan (PH-DAP), Izizam Ibrahim (PN-Bersatu) dan Mohd Shahril Md Sarif (GTA-Pejuang) untuk menentang bekas penyandang kerusi itu, Teh Chai Aan (BN-MCA).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.