HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Projek stesen ECRL Puncak Alam diterus, kata Tengku Zafrul

-

Menteri kewangan yang juga calon BN Parlimen Kuala Selangor berkata pembinaannya sudah diluluskan termasuk beberapa stesen lain.

0
Shares
Total Views: 7,938
Free Malaysia Today
Tengku Zafrul Aziz berkata stesen ECRL itu akan dibina di kawasan Alam Suria dan sehingga kini ia masih diteruskan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Pembinaan stesen jajaran utara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Puncak Alam akan diteruskan oleh kerajaan selepas ini, kata Menteri Kewangan yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Selangor, Tengku Zafrul Aziz.

Beliau berkata, pembinaan stesen terbabit diluluskan selepas gabungan persatuan penduduk kawasan terbabit membangkitkan isu dihadapi kepadanya pada Mei lalu.

“Sebelum ini memang ada dalam perancangan membina stesen ECRL di Puncak Alam tapi belum dilaksanakan. Hasil perbincangan, kita bersetuju untuk meluluskan pembinaannya termasuk beberapa stesen lain.

“Stesen itu akan dibina di kawasan Alam Suria dan sehingga kini (projek) masih diteruskan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup Karnival Sukan Antara Fasa (Sukaf) 2022 di Puncak Alam, menurut Berita Harian.

Projek ECRL Puncak Alam dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 penumpang, bukan hanya penduduk di Kuala Selangor tetapi juga kawasan lain di negeri itu.

Jajaran ECRL itu membabitkan Selangor iaitu Seksyen C yang akan dibahagikan kepada dua iaitu Seksyen C1 dari Mentakab ke ITT Gombak dan Seksyen C2 dari Gombak ke Pelabuhan Klang melalui Serendah.

Jajaran ECRL bagi Seksyen C2 adalah sepanjang 74.25 kilometer (km) yang merangkumi empat stesen iaitu Serendah Baru (penumpang dan kargo), Puncak Alam (stesen penumpang), Kapar (stesen penumpang) serta Pelabuhan Klang (penumpang dan kargo).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.