![Free Malaysia Today](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2022%2F11%2FZAKARIA-ABDUL-HAMID-081219-01-1.jpg&w=3840&q=75)
Ketua Penerangan PBM Zakaria Abdul Hamid berkata, calon PKR Rodziah Ismail yang berhasrat ingin menjadi Ahli Parlimen Ampang tanpa menangani masalah yang dihadapi pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga yang diwakilinya ketika ini di Shah Alam.
“Pemimpin yang menuduh orang lain sebagai pengkhianat tanpa membuat penilaian mendalam adalah pemimpin yang tidak beretika, lesu minda dan tiada integriti,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) pula mengkhianati pengundi kerana gagal menunaikan janji sebagaimana yang dimeterai dalam manifesto.
“Pengundi ditipu dengan alasan manifesto bukan kitab suci,” katanya.
Zakaria berkata, kerakusan Pengerusi PH Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri mendorong beliau khianat kepada pengundi dengan memaksa Ahli Parlimen meletakkan jawatan,
“Ini bertujuan memberi laluan kepadanya menjadi perdana menteri melalui pengambilalihan jawatan Ahli Parlimen menerusi Langkah Port Dickson dan Langkah Kajang,” katanya.
Terdahulu, Rodziah menolak dakwaan Zuraida Kamaruddin bahawa bekas Ahli Parlimen Ampang itu mempunyai “jenamanya’ tersendiri di Ampang.
Rodziah sebaliknya berkata, Zuraida telah merosakkan jenama itu kerana mengkhianati PKR melalui Langkah Sheraton pada 2020.
Menurut Rodziah, tiada siapa yang menafikan usaha Zuraida berkhidmat selama tiga penggal, bagaimanapun dengan pengkhianatan yang telah dibuat, pengundi Ampang perlu menolak Zuraida.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram