HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Politik di Sabah sedikit berbeza, Hajiji beritahu Muhyiddin

-

Pengerusi GRS berkata kenyataan Muhyiddin Yassin mengenai calon kerusi Beluran adalah pandangan peribadi presiden Bersatu itu.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Hajiji Noor berkata situasi politik di Sabah unik. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU:
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hajiji Noor menolak pandangan Muhyiddin Yassin mengenai peruntukan kerusi di Beluran selepas presiden Bersatu itu menegaskan ia sepatutnya diberikan kepada calon Perikatan Nasional (PN).

Hajiji yang juga pengerusi Bersatu Sabah berkata, itu hanya pandangan Muhyiddin.

Bagaimanapun, kata ketua menteri itu, situasi politik di Sabah adalah “sedikit berbeza”.

“Ia ada keunikannya sendiri. Jadi kami uruskan mengikut cara Sabah,” katanya kepada wartawan di sini.

Malam tadi, Muhyididn yang juga pengerusi PN, mempertahankan usaha bekas Ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiandee bertanding semula atas tiket PN.

Kiandee adalah naib presiden Bersatu dan kerusi itu adalah milik parti itu, kata Muhyiddin.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.