HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Gaji minimum penjawat awam RM1,800, Cuepacs saran jadi manifesto parti

-

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 berkuat kuasa 1 Mei lalu, dengan perniagaan mempunyai kurang lima pekerja dikecualikan.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata, penyelarasan gaji minimum bagi penjawat awam perlu mengambil kira aspek makan, minum, pengangkutan, kesihatan dan pelajaran.

KUALA LUMPUR:
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan parti politik menyenaraikan cadangan gaji minimum RM1,800 untuk penjawat awam dalam manifesto pilihan raya umum ke-15 mereka.

Presidennya, Adnan Mat berkata, penyelarasan itu perlu dengan mengambil kira lima aspek, iaitu makan, minum, pengangkutan, kesihatan dan pelajaran.

“Kami cadang semua parti politik meletakkan kenaikan gaji penjawat awam kepada RM1,800 dalam manifesto PRU15 kerana kadar sedemikian baru relevan. Ini bermaksud tiada sesiapa yang ‘sangkut’ gaji,” katanya dalam sidang media di sini.

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 berkuat kuasa 1 Mei lalu, dengan perniagaan mempunyai kurang lima pekerja dikecualikan.

Cuepacs sebelum ini menggesa kerajaan segera menunaikan tuntutan penyelarasan kadar gaji minimum itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.