HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Pilihan raya Padang Serai 7 Dis

-

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata pengundian awal akan diadakan pada 3 Dis.

72
Shares
Total Views: 7
Free Malaysia Today
Pengundian di Parlimen Padang Serai ditangguhkan selepas seorang calonnya meninggal dunia.

PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Dis untuk hari pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai di Kedah, dengan penamaan calon pada 24 Nov.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh berkata pengundian awal akan diadakan pada 3 Dis.

Terdapat 13 hari untuk berkempen, manakala permohonan untuk undi pos boleh dibuat secara dalam talian dari 18 hingga 22 Nov.

Pengundian di Parlimen Padang Serai ditangguhkan selepas pegawai pengurus (RO) memulangkan writ kepada SPR, seperti diwajibkan sekiranya pengundian di mana-mana kerusi tidak dapat diteruskan selepas penamaan calon.

Parlimen Padang Serai sepatutnya menyaksikan pertandingan enam penjuru antara penyandang kerusi, M Karupaiya daripada Pakatan Harapan ditentang Hamzah Abd Rahman (Pejuang), Sivaraj Chandran (Barisan Nasional), Azman Nasrudin (Perikatan Nasional), Mohd Bakri Hashim (Warisan) dan calon bebas, Ananda AK.

Bagaimanapun Karupaiya, 69, meninggal dunia di Hospital Kulim pada 16 Nov lalu akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.