HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

GPS menang di Igan

-

GPS memperoleh 15,824 undi manakala PH hanya mendapat 1,162 undi.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Calon GPS, Ahmad Johnie Zawawi memperoleh 15,824 undi mengalahkan calon PH, Hud Andri yang hanya mendapat 1,162 undi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA:
Ahmad Johnie Zawawi daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi kerusi Parlimen Igan dengan majoriti 14,662 undi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Johnie memperoleh 15,824 undi mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH), Hud Andri yang hanya mendapat 1,162 undi, sekali gus hilang deposit.

Sebanyak 31 kerusi Parlimen dipertandingkan di Sarawak pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ini adalah kali kedua Johnie mengalahkan calon PH di kerusi itu.

Pada 2018, beliau menewaskan Andri Zulkarnaen Hamden yang hanya memperoleh 2,043 undi.

Ketika ditemui wartawan, Johnie mengucapkan terima kasih atas sokongan begitu hebat dan mantap kali ini.

“Insya-Allah kepercayaan ini akan diterjemahkan dan memberi komitmen yang terbaik dalam melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat Igan,” katanya.

Katanya, beliau akan terus membawa agenda pembangunan di Igan khususnya keperluan asas di luar bandar.

“Tetapi sejak saya menjadi Ahli Parlimen, saya memperjuangkan agenda pendidikan kerana agenda ini paling penting. Masa depan kawasan Igan bergantung kepada generasi yang terpelajar,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.