HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Pengsan di pusat pengundian, petugas SPR meninggal dunia

-

Mangsa yang bertugas di Sekolah ACS Methodist, Jalan Raya Barat, Klang dilaporkan pernah menerima rawatan sebagai pesakit jantung.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika bertugas.

PETALING JAYA:
Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meninggal dunia ketika sedang bertugas di Sekolah ACS Methodist, Jalan Raya Barat, Klang, hari ini.

Dalam kejadian pada 12.15 tengah hari itu, mangsa berusia 45 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri dengan pihak ambulans membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi rawatan susulan.

Ketua Polis Klang Selatan Cha Hoong Fong, berkata mangsa dirawat di zon kecemasan HTAR Klang, namun pemeriksaan lanjut mendapati mangsa telah meninggal dunia.

“Hasil siasatan awal pihak polis dan keterangan isteri mangsa menyatakan bahawa mangsa sebelum ini pernah menerima rawatan sebagai pesakit jantung,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, HTAR Klang untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Beliau berkata, polis menasihatkan masyarakat agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.