HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Anwar angkat sumpah perdana menteri

-

Anwar Ibrahim mengangkat sumpah perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Anwar Ibrahim mengangkat sumpah perdana menteri ke-10. (Gambar JPN)

PETALING JAYA:
Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim, 75, telah mengangkat sumpah perdana menteri ke-10.

Ahli Parlimen Tambun itu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, di Istana Negara.

Anwar dilihat keluar dari Istana Negara pada 6.36 petang.

Awal hari ini, Istana Negara berkata Agung memperkenakan Anwar sebagai perdana menteri selepas memperhalusi pandangan raja-raja pagi tadi.

Agong sebelum ini meminta PH dan Perikatan Nasional membentuk kerajaan perpaduan, tetapi Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, menolak kerana PN tidak mahu bekerjasama dengan PH.

Meskipun Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah pada awalnya menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri, kedua-dua gabungan itu kemudian mengumumkan mereka akan mengikut hasrat Agong.

Semalam, Umno mengumumkan ia menyokong Barisan Nasional mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan yang tidak diterajui PN.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.