HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

MCA sokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar

-

Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon turut menyeru semua pihak untuk bersama memainkan peranan bagi menjamin kestabilan menerusi perdamaian politik untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi demi kepentingan rakyat dan negara.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Chong Sin Woon berkata, semua perlu bersama-sama memainkan peranan bagi menjamin kestabilan menerusi perdamaian politik dan bergerak ke hadapan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara demi rakyat. (Gambar Bernama)

PETALING. JAYA: MCA menyokong pembentukan kerajaan perpaduan yang dipimpin Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri seiring dengan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, kata setiausaha agungnya Chong Sin Woon.

Chong dalam pada itu turut menyeru semua pihak untuk bersama-sama memainkan peranan bagi menjamin kestabilan menerusi perdamaian politik dan bergerak ke hadapan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi demi kepentingan rakyat serta negara ini.

“Dalam masa sama, MCA akan terus memainkan peranan bagi memastikan kerajaan perpaduan ini memelihara kepelbagaian, kesederhanaan dan membela nasib rakyat majmuk di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Chong berkata, fokus MCA ketika ini adalah melihat secara mendalam keputusan pilihan raya umum ke-15 dan merangka strategi untuk membina semula parti dengan memberi tumpuan kepada dua kerusi Parlimen dan tujuh DUN yang dimenangi serta memperbaiki kelemahan yang ada untuk memenangi semula sokongan pengundi.

Anwar mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Khamis lalu dan memimpin kerajaan perpaduan yang dianggotai Pakatan Harapan yang mempunyai 82 kerusi dan diikuti Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (23), dan Gabungan Rakyat Sabah (enam) serta parti-parti lain dengan keseluruhan kekuatan kini hampir mencecah dua pertiga ahli Parlimen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.